Unit ICT telah menyediakan portal e-learning untuk digunakan oleh murid-murid tahun 6. Pelbagai soalan percubaan UPSR 2012 dari negeri-negeri lain disediakan untuk dijawab oleh murid dalam bentuk online. Sesiapa yang berminat untuk menyertai portal ini sila emailkan nama penuh dan kelas kepada email skserom3@gmail.com. Password akan dihantar melalui email. Tiada yuran dikenakan.

Thursday, March 21, 2013

Kegunaan Fungsi Crop Dalam MS Power Point



Fungsi crop dalam Microsoft Office boleh digunakan untuk mengedit imej. Fungsi ini digunakan untuk membolehkan kita memberi fokus kepada sesuatu subjek di dalam imej tersebut supaya ia lebih jelas untuk di paparkan. Di sini sebagai contoh dalam persediaan menyediakan bahan bantu mengajar kita akan menggunakan imej daripada buku teks yang telah diimbas ( scan ). Imej tersebut dimasukkan ke dalam perisian MS Power Point 2003. Fungsi crop akan digunakan untuk memaparkan imej yang hendak ditayangkan kepada pelajar. Anda boleh ikuti langkah berikut :

1. Setelah imej dimasukkan ke dalam MS Power Point , klik butang kanan pada tetikus. Satu Pop-up menu akan keluar dan pilih Show Picture Toolbar.


2. Pilih butang crop ( warna kuning dalam gambar di bawah ).


3. Satu garisan tebal warna hitam akan muncul pada empat penjuru imej anda.
4. Gerakkan tetikus ke arah garisan tebal tersebut, kemudian klik kiri butang tetikus. Seretkan cursor tetikus tersebut tanpa melepaskan butang kiri pada tetikus untuk mengecilkan imej tadi.
Ok. Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment