Unit ICT telah menyediakan portal e-learning untuk digunakan oleh murid-murid tahun 6. Pelbagai soalan percubaan UPSR 2012 dari negeri-negeri lain disediakan untuk dijawab oleh murid dalam bentuk online. Sesiapa yang berminat untuk menyertai portal ini sila emailkan nama penuh dan kelas kepada email skserom3@gmail.com. Password akan dihantar melalui email. Tiada yuran dikenakan.

Saturday, March 23, 2013

Cara Merakam Gambar Pada Skrin Komputer

Bagaimana anda dapat merakam gambar yang terpapar pada skrin komputer anda ? Sama ada yang dipaparkan dalam fail video atau sebagainya. Disinilah fungsi butang print screen ( seperti gambar di atas ) yang terdapat pada keyboard anda boleh digunakan. Sebagai contoh, anda ingin meletakkan gambar yang anda rakam melalui print screen ke dalam program MS Power Point. Ikuti langkah berikut :

1. Pasangkan video atau fail flash yang anda inginkan.
2. Kemudian klik pause untuk menghentikan video pada paparan yang anda inginkan.
3. Tekan butang Print Screen pada keyboard anda.
4. Buka program MS Power Point.
5. Pastekan atau klik Ctrl + V pada kekunci untuk meletakkan gambar yang diambil pada lembaran MS Power Point anda.
6. Kemudian Cropkan imej atau gambar tersebut untuk membuang bahagian yang tidak anda inginkan.

Selamat mencuba. :-)

No comments:

Post a Comment