Unit ICT telah menyediakan portal e-learning untuk digunakan oleh murid-murid tahun 6. Pelbagai soalan percubaan UPSR 2012 dari negeri-negeri lain disediakan untuk dijawab oleh murid dalam bentuk online. Sesiapa yang berminat untuk menyertai portal ini sila emailkan nama penuh dan kelas kepada email skserom3@gmail.com. Password akan dihantar melalui email. Tiada yuran dikenakan.

Monday, May 20, 2013

Menukar fail DOC kepada PDF secara Online

Anda boleh menukar fail Microsoft Office Word dalam format DOC kepada format PDF secara online dengan mudah. Hanya dengan beberapa langkah sahaja sudah siap. Semuanya adalah percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah :


Sunday, May 12, 2013

Jaga-Jaga Dunia Maya



Sekuriti di alam maya perlu dititik beratkan kerana jenayah siber tidak berlaku hari ini sahaja. Cara untuk mengekalkan sekuriti secaraefektif dan agresif ialah :

1. SIMPAN MAKLUMAT PERIBADI
Jangan sesekali meletakkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon peribadi anda sewenang-wenangnya. Penjenayah siber boleh menggunakan butiran-butiran anda untuk mewujudkan satu profil palsu.

2. BIAR DUNIA MAYA KEKAL DI SANA
Gunakan tetapan privasi bagi memastikan hanya rakan-rakan anda dan keluarga sahaja yang dapat melihat gambar yang anda letakkan di laman sosial.

3. SEMAK TETAPAN PRIVASI
Pastikan tetapan privasi rangkaian sosial anda dilindungi dengan tetapan privasi yang menghadkan kelompok yang memiliki akses penuh padanya termasuklah ideo dan gambar sahaja boleh dilihat.

4. KESELAMATAN KATA LALUAN
Elakkan berkongsi kata laluan dengan rakan-rakan anda. Tetapkan kata laluan anda dengan campuran huruf, nombor dan simbol.

5. LINDUNGI PERANTI MUDAH ALIH ANDA
Pastikan peranti telefon pintar anda mempunyai kata laluan supaya maklumat peribadi di dalamnya kekal selamat. Muat turun aplikasi keselamatan untuk mengunci peranti mudah alih anda jika ia hilang atau dicuri.

6. HATI-HATI PADA PAUTAN
Sebelum membuka sesuatu pautan pada e-mail, mesej atau sebagainya pastikan ia tidak mencurigakan. Cara popular kini ialah penjenayah siber telah menggodam ke dalam akaun email rakan anda dan rangkaian sosial untuk menghantar email atau mesej.

7. WASPADA DENGAN LAMAN WEB
Setiap kali berurusan dalam talian seperti membeli belah atau bank dalam talian, cuba pastikan laman tersebut sememangnya diketahui kredibiliti dan memiliki reputasi yang sah. Pastikan setiap transaksi anda selamat dengan memeriksa adanya tanda 'mangga' ( lock ) dan https pada alat pelayar.