Unit ICT telah menyediakan portal e-learning untuk digunakan oleh murid-murid tahun 6. Pelbagai soalan percubaan UPSR 2012 dari negeri-negeri lain disediakan untuk dijawab oleh murid dalam bentuk online. Sesiapa yang berminat untuk menyertai portal ini sila emailkan nama penuh dan kelas kepada email skserom3@gmail.com. Password akan dihantar melalui email. Tiada yuran dikenakan.

Friday, November 2, 2012

Menukar PDF ke Word secara online


Untuk menukar dokumen format PDF ke format word secara online tanpa perlu mendaftar dan tentu ianya percuma , anda boleh ke laman web berikut : http://www.pdfonline.com/pdf-to-word-converter/

Caranya :

1. Lawat laman web tersebut.
2. Pilih dokumen PDF yang anda ingin tukar kepada format word pada ruangan

                                  Just Convert PDF-to-Word

3. Klik butang CONVERT.

4. Tunggu sehingga selesai.

5. Kemudian download semula document yang telah di tukarkan formatnya tadi melalui link yang diberikan.

6. Unzipkan fail yang telah dimuat turun tadi.

7. Selesai.

Selamat mencuba !