Unit ICT telah menyediakan portal e-learning untuk digunakan oleh murid-murid tahun 6. Pelbagai soalan percubaan UPSR 2012 dari negeri-negeri lain disediakan untuk dijawab oleh murid dalam bentuk online. Sesiapa yang berminat untuk menyertai portal ini sila emailkan nama penuh dan kelas kepada email skserom3@gmail.com. Password akan dihantar melalui email. Tiada yuran dikenakan.

Objektif Unit ICT

Objektif Unit ICT SK Serom 3

Memantau dan Memberi Khidmat Sokongan Teknikal kepada Peralatan dan Perisian yang dibekalkan oleh Kementerian pendidikan Malaysia, Jabatan pelajaran Negeri Johor serta SK Serom 3 agar boleh digunakan dengan baik selain untuk membantu Kakitangan SK Serom 3 menangani masalah berkaitan ICT bagi membolehkan mereka bekerja dengan lebih mudah dan teratur.

Antara Objektif khusus Unit ICT SK Serom 3 ialah untuk:

  1. Menyediakan perkhidmatan dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan projek-projek ICT KPM dan aplikasi Kerajaan Elektronik di peringkat SK Serom 3.

  2. Menyelenggara peralatan ICT dan rangkaian di SK Serom 3 supaya dapat berjalan dengan lancar.

  3. Menyediakan infrastruktur ICT yang berteknologi tingi beserta aplikasi yang terkini bagi tujuan pengurusan dan pengajaran serta pembelajaran

  4. Menambahbaikan peralatan ICT sedia ada.

  5. Menyediakan khidmat sokongan teknikal pelanggan.

  6. Meningkatkan tahap kompetensi staf berkaitan ICT dengan menyediakan latihan teknikal sokongan kepada pelanggan.

  7. Memantapkan prosedur kerja berdasarkan ISO.

  8. Meningkatkan tahap kompetensi staf Unit ICT.

No comments:

Post a Comment