Unit ICT telah menyediakan portal e-learning untuk digunakan oleh murid-murid tahun 6. Pelbagai soalan percubaan UPSR 2012 dari negeri-negeri lain disediakan untuk dijawab oleh murid dalam bentuk online. Sesiapa yang berminat untuk menyertai portal ini sila emailkan nama penuh dan kelas kepada email skserom3@gmail.com. Password akan dihantar melalui email. Tiada yuran dikenakan.

Monday, March 18, 2013

Import Data Dari SMM ke SEGAK


Pastikan Aplikasi SMM Ver 4 ada terpasang di dalam komputer anda pada folder C:\HEM . Jika tiada copy kan folder HEM yang ada aplikasi SMM Ver 4 di dalamnya ke dalam folder C:\. Untuk memindahkan maklumat murid dari sistem maklumat murid SMM Ver 4 ke dalam aplikasi SEGAK ver 2 . Sila ikuti langkah di bawah.




1. Buka Aplikasi SEGAK anda , pastikan aplikasi SEGAK anda adalah Versi 2.0
2. Klik menu Daftar --> Daftar Sekolah
3. Pilih sekolah anda --> Klik butang kemaskini
4. Masukkan kod daerah.
5. Klik butang pintu untuk  keluar.

6. Klik menu Daftar --> Import Data HEM Ver4 , paparan daftar pelajar HEM akan muncul.
7. Klik pada butang Import Data HEM Ver 4 yang ada di bawah sekali.
8. Klik ok.
9. Masukkan tahun semasa kemudian klik OK.
10. Klik OK.
11. Data HEM telah di import --> klik OK.

12. Pilih Kod Kawalan Kelas yang ingin dimasukkan.
13. Klik Kemaskini Data Kelas.
14. Klik OK --> Klik Ok.
15. Klik gambar pintu untuk keluar --> Klik OK

16. Klik menu daftar --> pilih no 03 Daftar Maklumat Ujian.


 17. Pada bahagian A pilih senarai kelas pada kotak Pilihan Senarai Kelas.

18. Lengkapkan maklumat pada bahagian A.

19. Klik Bina Kod Kawalan Kelas pada bahagian B.
20. Pilih kod kawalan kelas yang telah dibina pada bahagian B

21. Klik Bina Data Ke Dalam Aplikasi.


22. Klik OK.--> Klik OK lagi.
23. Klik gambar pintu untuk keluar.
24. Klik butang REFRESH untuk melihat kelas yang telah di daftarkan.

25. Untuk mendaftar murid bagi kelas lain klik semula daftar --> Import Data HEM Ver4
26. Pilih Kod kawalan Kelas yang diingini.
27. Ulang langkah 13 hingga 24.

No comments:

Post a Comment