Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran
berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat
menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses
berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir
sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh
dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan
cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah
ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Bagaimana anda dapat merakam gambar yang terpapar pada skrin komputer anda ? Sama ada yang dipaparkan dalam fail video atau sebagainya. Disinilah fungsi butang print screen ( seperti gambar di atas ) yang terdapat pada keyboard anda boleh digunakan. Sebagai contoh, anda ingin meletakkan gambar yang anda rakam melalui print screen ke dalam program MS Power Point. Ikuti langkah berikut :
